malam ni man melangkah kaki pulang dari tempat kerja. sama mcm ari2 yg lain cuma kali ni makin berat dan jauh kepala ni memikirkannya. idup aku tetap sama lesu, sedih, kecewa dan bermcm2 bermain di jiwa. nak wat cam ner, apa dayaku pendam saja biar aku jek yg menanggungnya. pada mata org lain nampak aku byk berusaha, tp bagiku selagi aku tak dpt meyakinkan dirinya ku telah berubah. lupakan saja kata2 perangsang rakan2 dan teman lain.
hari ni hati kecik ku ada bertanya. man berapa lama nak kau jdi mcm ni? ramai bertanya ko dah kurus lah man. ko tak makan man, kenapa? ko ada masalah ke man? has, aishah dan zura pon ada berkata ko dah cekung. kenapa jadi cam ni man?. dlm ati aku hanya terdaya memendam segalanya, aku dan dia sahaja jek yg tau.
Ya Allah!! aku pohon keredhaanmu, aku pohon kekuatan darimu, dugaan n cabaran yg ku lalui ni amat berat utk aku pikul. rasa sayang dan kasih padanya amat sukar utk ku lupakan dan ku tinggalkan. bantu lah daku, permudahkanlah cabaran ini bagiku, diri aku senantiasa berbelah bagi, namun aku tetap berharap keadaan ni akan dpt kembali seperti sedia kala. ikhtiar demi ikhtiar telah ku lakukan tetapi cam ner nak ku sampaikan dan yakinkan pada dia yg aku telah berubah. kepadaMu aku berserah agar dibukakan pintu hatinya seluas2 mungkin agar dpt menilai dan menimbang kembali keputusannya yang lalu.
tpi aku hanya dpt mengharap, kerna segalanya bergantung pada ketentuanMU. maafkan daku Ya Allah, ada kalanya terlintas difikiranku agar Engkau cepatkan ajalku ini. adakalanya diri ini dah tak sanggup lagi utk memujuk dan merawat rasa sedih dan sayang pada yg tak kunjung lagi. aku bukan lagi seperti dulu, ceria dan gembira tiada lagi dlm hidup aku. segala berkat usaha utk dia ku rasa tak bermakna lagi.
kalau termakbul hajatku ini, maka ambillah segala apa yg ada pada diriku ini dan disedekahkan pada mereka yg memerlukan. sekurang2nya aku dpt hilangkan bebanan pada yg pernah ku sayang. tanpa perlu menempuhi kesukaran tatkala aku masih ada di atas bumi ni. andai kata ajalku tiba ku rasa bersyukur kerana tak perlu lagi menempuhi segala kesukaran ini.
aku tahu permintaanku ini bagaikan tidak mensyukuri nikmat hidup kurniaanMu. tpi apa yang terdaya mampu utk ku lakukan lagi. hidupku ini sudah rasa penuh kekosongan, aku tidak mengharap dan menanti hari esok utk kunjung tiba. diriku pon bukan lagi berguna, hanya seorang yg penuh dengan kegagalan dlm mencurah kasih pada yg tersayang. aku seorang yg sukar utk memahami perasaan seorang wanita. biar sekuat mana aku berusaha keadaannya tetap sama. aku tetap dikatakan seperti dulu.
aku merayu, aku melutut padamu kalau perlu beritahu padaku, jelaskan apa yg sebenar yg dikau perlukan. rasa kasih dan sayang yg bagaimana yg dimaksudkan penuh bermakna dan ikhlas itu. aku seorang yg lurus, tidak pandai bermain kata2, tak pandai membaca hint dan sebagainya. tapi aku senantiasa ingin belajar darimu, kalau perlu tunjukkan padaku. namun adakalanya bila minta begitu, benda tu dikatakan tidak ikhlas dari hatiku kerana ku belajar dari tunjuk ajarmu. dengan itu hilanglah rasa istimewa dan keikhlasan perbuatan ku itu. namun jauh di dalam hatiku setiap perbuatan ku senantiasa ikhlas, tiada niat dlm hatiku utk membuat kau rasa begitu. aku perlukan bantuanmu kerana pada ku kita saling memerlukan dan dengan itu kita perlu bantu membantu.
sayangnya tak guna aku perjelaskan lagi padamu. semuanya sudah terlambat. jika dikau membaca coretan ini ungkapan sama pasti keluar dari bibirmu. luahan rasa kecewa dan sedih senantiasa menyambut ku. oleh itu aku rasa tak berguna lagi utk aku teruskan sisa2 hidup sebegini. lebih baik aku terus tiada dan lenyap dari idup ini, sekurang2nya aku tak akan terus melukakan hati org yg pernah aku sayangi. lagipun siapa lah aku sekarang ni, hatiku sudah pon berderai jauh dan diri yg tersayang telah melangkah jauh mencari haluan sendiri. dia sudah pun berjumpa dengan pengganti baru sedangkan aku masih begini. terus mengharap dan biarkan aku terus mengharap. jika ini adalah takdirnya maka aku redha, biarlah aku hidup sebegini seorang diri melayan dan merawat hati yg lara, lesu dan sedih.
