header image
 

Saujana Kehidupan

Sudah sekian lama aku menyepi tanpa sebarang coretan sejak kekecewaan lalu yang kini hanya tinggal sejarah. Sekarang aku telah kembali dengan semangat dan azam baru, utk menongkah arus dengan lebih besar dan penuh yakin. Amin.

 

Hari ini Mei 1, 2009 genap 5 bulan aku tinggal dirumah sewa sementara menanti teratak ku sekeluarga siap diperbaiki. Pagi ini bonda & abahku turun bersama-sama mengemas dan mengasingkan perabot-perabot, alamari lama, kerusi, meja lama dan sebagainya utk dihantar ke rumah Tok Su yang berada di Batu Belah Meru.

 

Terdetik sejenak benak hati aku bila merenung dan melihat kedua-dua ibubapa ku mengemas. Hurrmmm….. sudah lama, mereka berumah tangga. Selamanya mereka bersama yang sudah hampir seusia aku iaitu 27 tahun lamanya. Alhamdulillah mereka terus bersama dan kasih sayang yang tersimpul dulu makin terus terpatri.

 

Hati kecilku mula bertanya…. nasib aku nanti macam mana? Adakah akan seperti mereka? Wallahualam… tapi mudah-mudahan aku jua akan menikmati rezeki yang sama. Namun aku punyai satu persoalan yang senantiasa bermain di dalam fikiranku bila terlintas dan terbayang wajah kedua ibubapaku. Sejak abahku mengahwini bondaku dia terus berpindah bersama bondaku dan nindaku di p.klang. Bagaimana rasanya pada saat dia membuat keputusan utk tinggal bersama bonda dan ninda di p.klang. Dengan kehidupan dan suasana yang berlainan dan sebagainya? Adakah pada masa itu dia bersedia? Meninggalkan keluarga dan menetap bersama mertua. Menarik dan besar tanda soalnya? Moga suatu hari aku akan mendapat jawapannya.

 

Terlintas di hatiku utk bertanya akan persoalan tersebut adalah kerana aku seorang yang berat dan pentingkan keluargaku. Adakah aku boleh berbuat demikian. Aku masih ketagihkan santapan dan makanan masakan bondaku. Bistik\Nasi Dagang\Laksa Kelantan\Kuah Kuzi dan sebagainya. Adakah aku akan dpt menikmati hidangan seperti ini lagi kelak. Atau aku akan terus tak berkesempatan menikmati hidangan seperti itu tatkala aku menempuh alam perkahwinan kelak. Atau mungkin aku hanya akan menikmatinya tatkala tiba Hari Kebesaran iaitu Hari Raya dan Hari Raya Haji.

 

Kegusaranku bukan sekadar ingin membandingkan bakal isteriku, tetapi sekadar suatu harapan agar isteriku dapat menjadi insan yang terbaik seperti bondaku. Aku tidak mahu identiti familiku hilang begitu sahaja. Tekadku adalah utk kedua-dua identiti familiku subur di dalam keluarga yang akan ku bina kelak. Dari tatapanku dan penilaianku, apabila seorang lelaki itu melangkah ke alam perkahwinan, perkara pertama sekali akan hilang dalam dirinya adalah identiti dan karakter dirinya. Sebagai contoh: asalnya seorang sahabatku ini senantiasa berbahasa dialek negerinya. Namun selepas berkahwin dirinya mula kekok utk kecek kelate dan mula bertutur dlm dialek kenegerian.

 

Malahan tatkala anak-anaknya pulang ke kampung halamannya, mereka menjadi kekok utk bertutur dengan sepupu dan saudara mereka yang ratanya kecek kelate. Ada masanya mereka terasa seperti berada dlm dunia yang berbeza. Agak sedih jika kita amati, tetapi ini adalah realitinya. Apabila tiap pasangan itu mendirikan rumah tangganya, akan menjadi suatu kemestian akan anak-anak mereka akan dicorak mengikut ibunya. Luahan aku ini bukan suatu prejudis tetapi suatu pandangan utk memastikan kesinambungan kedua belah identiti keluarga senantiasa subur di dalam hati anak-anak mereka. Justeru mewujudkan suatu suasana keluarga harmoni dan bahagia.

 

~ by deraman on May 1, 2009.

Leave a Reply