konflik, sedih, gembira, bahagia, terhantuk, sedar kembali, baru terngadah
hurm…. agak lama jugak sejak kali terakhir ku membuat coretan diblogku ini. jangka masanya begitu lama hinggakan ku tak sedar sebenarnya perkara sekecil itu pon sebenarnya kalau diamati dgn teliti jelas mengambarkan ku telah berubah. perubahan yang cam ner tu? jom sama2 kita baca cite seterusnya.
perubahan yg berlaku mungkin pada ku tampak biasa tiada apa yg penting namun pada seseorg yg rapat dan senantiasa berada disamping kita, jelas memberi seribu 1 persoalan bermain dibenak hatinya. mungkin pada yang lain tentu sekali masih dlm kesamaran tak mengetahui apa sebenar maksudku……
“apa ko merepek ni man?. tiba2 aku bangun bukak blog ko ingatkan ada cite menarik tp…!!! pelik jek aku tgk”. mungkin itu antara persoalan yg timbul dlm hati anda semua. apa sebenar yang ku nak sampaikan ni. pening maaa… ajuk kata apek sayur kat port klang.
karangan ni aku tujukan pada semua yg diluar sana mengelarkan diri mereka sebagai lelaki. terutama lelaki yg senantiasa ada masalah dan dilema tatkala bercinta, mencuba nasib dlm mencari pasangan hidup serta mula mengorak langkah ke arah kebahagian dlm kehidupan ini. situasi yang menyapaku mudah sahaja tetapi memberi seribu satu pengalaman dan kesedaran yg amat berharga. kalau nak dicari dimerata2 pastinya tak akan ketemui.
semalam tatkala malam mula menyinsing…. berserta sayup2 bayu angin meniup suasana malam aku disedarkan oleh org yg aku sayangi. malam semalam tu juga dlm perkiraan ku genap sebulan lebih aku dan dia sudah berbaik kembali. malam semalam tu juga aku mengenal kelemahan aku sendiri. jika ada yg masih ingat akan coretan ku sebelum ini ku pernah mengalami masa kesedihan ku. ilangnya seseorg dlm diriku buat seketika rasanya amat pedih…. tak termasuk dgn beban terpaksa dihadapi melihatnya dengan org lain buat seketika.
pada masa tu jika sesiapa saja berada dlm keadaan ku akan mencuba pelbagai cara dan ikhtiar utk cuba memenangi hatinya kembali. “ntah2 ada yg kat luar sana sampai ilang jap selera makan ngan tido. takyah nak kelentong lah aku tau lebih teruk dari aku.” korg jgn nak nafikan lah ngaku jek…. aku pon laki cam korg.
perkara yang nak ku rungkaikan di sini adalah…. kita lelaki akan bersungguh2 bila kita kehilangan sesuatu dlm diri kita. masa ni lah kita akan cuba wat pelbagai perkara bagi bunga, antar SMS berbunga, ajak kuar makan kat tempat special dan sebagainya. senang cite….. menjadi lain dari normal. korg sedar tak pada masa tulah seorang lelaki akan menjadi sensitif dengan keadaan sekeliling. tp benda2 tu akan mula hilang dari diri kita yg bernama lelaki selepas kita dah mendapat kembali benda yg kita hajati tu. kita akan mula amik enteng, lek2 dan tak lagi jadi cam masa kita mula2 hadapi masalah tu.
bagi semua lelaki kat luar sana….. tulah perkara kecik yg kita tak sedar kita wat yg membuatkan org yg kita sayangi berubah ati terhadap kita. pastinya bukan sesuatu yg luar di kebiasaan yg selalu meraka harapkan. cuma sekali sekala maybe sebulan sekali buat lah sesuatu yg istimewa dan lain dari kebiasaan. perkaranya tak semestinya bernilai beriban2 sekadar ikhlas dari hati kita sendiri.
p/s: sekadar berkongsi. terima kasih kepada insan yg ku sayangi kerana berkongsi dan sekarang sikit sebanyak aku sendiri memahami diriku sendiri. kita idup ni saling lengkap melengkapi dengan itu amik lah perkongsian ilmu ini sebagai suatu pengajaran buat kita bersama.

Leave a Reply