header image
 

June 6, 2008

Hari ini adalah hari yang amat bahagia bagi seorang yg pernahku kenali dan ku sayangi. Terdetik jam 12 tgh mlm aku menghantarkan ucapan selamat hari jadi sebagai tanda ingat dan kenangan. Sekarang semuanya tidak seperti mana aku dan dia bersama dulu. Sekarang dia telah memilih haluannya sendiri namun aku masih begini menanti sesuatu yg tak mungkin terjadi. "Man, udah lah tu man… ko tak usah duk memikirkan pasal dia" terdetik ati ku berkata.

"Man, kalau ko rasa ko dah lakukan terbaik dan percaya bahawa sok, lusa, atau suatu ari nanti dia akan menilaikan kembali dan mengenang kembali saat suka, duka dan tawa yg pernah lalui bersama, pasti dia akan kembali….. insya allah man. Yakin pada esok adalah lebih baik dari hari ini". ujar kepalaku pada ku sambil aku mengiyakan katanya. Harapan aku pon cam tu lah. Doa2kanlah amin.

Apa2 pon aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar suatu hari nanti akan Allah swt membuka pintu hatinya seluas2 mungkin dan menunjukkan padanya siapa yg benar2 menyanyangi dan menghargainya. Akan ku terus menanti saat dan ketika itu menjadi kenyataan. Amin

Arini jugak aku mengambil cuti hajatnya aritu nak kumpulkan semua rakan2nya bersama2 celebrate harijadinya di rumahnya. Tapi lepas beberapa perbincangan kami dah setuju utk tak teruskan coz prefer not to put pressure pada dia dan mengeruhkan lagi keadaan. Apakan daya atleast aku mencuba itu sahaja yang mampu ku lakukan. Niat dihati utk mengembirakan dirinya biarpun seketika tak kesah lah buat apa2 atleast something special utk ilangkan sedih, duka dan tekanan pada dirinya. Sayang sekali semuanya tinggal niat semata2.

"Man, xpe man ko dah cuba terbaik mungkin. Tiap kegagalan tu ada kejayaan, kerana dari setiap kegagalan tu sebenarnya antara kejayaan. Kerana ko temui byk jalan menuju suatu hasrat murni ko tu, tapi jalan tu bukan yang terbaik. Jangan ko putus asa man, ikhtiar cara lain lak" jelas atiku bila aku terfikir nasib aku tu. Terima Kasih really appreciate the advice.

Rancangan sebelum ni terpaksa dibatalkan, aku terima nasihat sahabat2 N’ya. Dorg semua cuba melakukan yg terbaik utk kedua2 pihak. Dlm hal ni aku tak salahkan sesiapa. Cuma ralat hati ini, kerana aku masih tak dpt nak tau apa kesalahanku sebenar. Bantu lah man ……N’ya man nak tau apa sebenarnya yg N’ya inginkan. N’ya masih membisu dan tak bagitau apa yg N’ya inginkan dan terbuku dihati tu. Bagitau man apa salah man pada N’ya…… Harap2 suatu hari nanti man dpt jawapan tu.

~ by deraman on June 9, 2008.

Leave a Reply